Assallammualaikum Semua,
Apa khabar? Harap2 semua sihat sejahtera..
Hari ni Rina nak buat entry lain, bukan berkaitan dengan Tupperware, tapi berkenaan seorang rakan kita yang terlantar di hospital kerana barah otak.. Rakan kita ni bernama Norma.. Norma sekarang masih di hospital, kerana cancer otak yang dihidapinya telah datang semula, kali ini lebih besar dari yang sebelumnya..
Gambar kanser Norma yang makin membesar
Sedikit cerita tentang Norma, beliau telah berkahwin dengan Talib dan dikurniakan seorang bayi lelaki yang super duper comel, bernama Rafiq..
Norma pada hari perkahwinannya.. sangat cantik dan berseri2..
Rafiq, anak Norma dan Talib yang sangat2 comel.. tersentuh hati tengok gambar ni..
Norma mula mengalami sakit2 kepala pada usia kandungan beliau 7 bulan..
Setelah check up beberapa kali, doctor mendapati Norma menghidapi barah otak.. :( Post pertama boleh dibaca di sini - http://miera301.blogspot.com/2011/03/brain-tumor.html
Post ini Rina cut and paste dari blog kakak ipar Norma – Cik Moon –
Masa Norma mengandung 7 bulan dia dah start ngadu asek pening ....dia dah tak ley bawak kereta masa nih sebab dia kata jalan tew nampak beralun2 n dia tak ley nak agak pergerakkan kereta . Dia selalu penat n selalu baring sebab bila berdiri dia rasa nak pitam .
Doc suspect dia ada vertigo di mana keseimbangan dlm telinga ada masalah .
Lepas bersalin pada 21 Jan 2011 keadaan dia makin teruk . Dia langsung tak ley berdiri ...pening nya semakin teruk . Bila makan atau m inum dia akan muntah ngan banyak nya . Anak matanya lari n kadang2 lompat2 and percakapan n pertuturan dia menjadi perlahan .. simptom itu adalah jugak simptom vertigo .
Lepas sebulan berpantang Talib bawak Norma dtg sini ...and sebab dia ngadu terlalu pening n dia ketuk2 kepala dia sebab kesakitan yg amat sangat maka Mama n Talib bawak dia ke hosp . Selepas pemeriksaan baru la doc jumpa ada tumur kat otak dia . Masa tew cecair dalam kepala dia terlalu banyak sebab tew la dia tak mampu nak berdiri and at the same time tumor tew menekan saraf kaki dia .
Few operation di buat tp doc tak mampu nak kuarkan semua sebab akarnya terlalu dalam n kalau di teruskan akan membahaya kan Norma . Banyak jugak cobaan masa nih ...kesihatan norma naik turun kadang ok kadang tetiba jangkitan kuman kadang tetiba demam n banyak lagi . Tapi yg paling serius adalah masa luka bedah tew membengkak ...since dia tak der tempurung kepala maka senang kena jangkitan n jangkitan tew belah dalam .
then operate balik utk cuci cuci semer tew ...masa nih mmg teruk bengkak dia ...n banyak kali jugaks oksigen dalam badan nya sangat sikit ..
after few weeks baru luka tew sembuh ngan elok ...bayangkan bahagian ini di bukak n di tutup 5 kali ...and sampai sekarang bahagian itu tidak mempunyai tempurung kepala ..
Lepas balik umah keadaan dia semakin beransur pulih . Satu benda yg merisau kan masa dia nak balik is that mampukah kiter nak jaga dia sebaik hosp ...and mampukah Talib nak jaga norma ...semer kita duk pikir dari segi perubatan ...rawatan alternatif n ubat ubatan lain . Thats y masa tew ai try to buat collection ...hoping that sedikit sebanyak ia mampu membantu Talib dr segi nak beli susu nak beli pampers n etc .
Cerita penuh mengenai Norma boleh dibaca di sini - http://miera301.blogspot.com/p/contribution-for-norma.html.. Kisah Norma ni memang sangat menyayat hati, apatah lagi bila melihat wajah anaknya, Rafiq yang sangat comel dan innocent.. Betapa bertuahnya kita dapat memeluk dan mencium anak2 kita setiap hari, tapi Norma hanya mampu melihat Rafiq.. sedihkan.. Rina memang tak boleh tahan sebak kalau baca pasal Norma ni, 10x baca, 10 kali nangis.. :(
Jadi, Rina nak ajak anda semua tolong Norma.. Rina nak salurkan 5% dari setiap pembelian anda untuk kos perubatan Norma.. bersama-samalah kita sama2 membantu sedikit sebanyak untuk meringankan beban keluarga Norma.. Andainya anda ingin menyumbang lebih dari itu, boleh contact kakak ipar Norma di munirah301@yahoo.com.
Rina tidak dibayar untuk buat post ini, ia ikhlas dari hati sanubari Rina untuk menolong Norma dan keluarganya.. Pada masa yang sama, Rina harap anda semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Norma.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan?
Sebar2kanlah cerita ini, semoga Allah memberkati sumbangan dan usaha anda semua untuk menolong Norma..
Sebarang sumbangan, boleh klik pada gambar di atas, di situ ada no akaun Norma ye.. Terima kasih atas kesudian anda membaca entri yang panjang ni :)
p/s: Gambar semua kredit kepada kakak ipar Norma - Cik Moon - http://miera301.blogspot.com